Laman Coretan Zaidi Razali.. » umum


Bila sebut percuma, semua orang nak. Tapi bila kena beli, mesti fikir banyak kali.  Saya juga termasuk dalam golongan ini yang selalu berfikir banyak kali sebelum membeli sesuatu. Selagi rasa tak perlu, selagi tu lah tak beli.  Baru-baru ini saya telah membeli satu ebook berbahasa melayu yang saya yakin saya sangat perlukan iaitu ebook “PANDUAN VCC” yang dihasilkan oleh saudara Naem. Naem ini saya kenal melalui laman blog beliau iaitu diariadsense.com. Beliau adalah salah seorang penulis ebook yang saya agak kagum sebab beliau hasilkan ebook seperti mana yang beliau janjikan dalam salesletter jualan. Pandangan ini bukan berdasarkan dari pihak lain, tapi adalah hasil daripada pembacaan saya dari ebook berbayar beliau sejak ebook ppc percuma lagi. Panduan VCC ini adalah ebook beliau yang kedua saya beli dan hasilnya memang tip top, berbaloi saya rasa membayarnya.

Mengapa saya rasa berbaloi? sebabnya Klik sini untuk baca keseluruhan coretan ini »

Posted January 31st, 2009 by edyanie 2 Comments »



Saya ingin ucapkan selamat tahun baru buat anda semua yang membaca blog ini. diharap pada tahun baru ini, kehidupan kita semua akan menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya. Apakah impian anda pada tahun baru ini? harap-harap impian anda itu akan menjadi kenyataan, termasuk saya juga. sekiranya untuk merealisasikan impian memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh, maka kita perlulah bersusah bersungguh-sungguh ya. contohnya mempunyai impian nak buat duit banyak kat internet ini, ia memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh. saya yakin sekiranya kita berusaha, pasti impian kita semua akan terlaksana. :)

Salam Tahun Baru 1430 hijrah dan 2009 dari saya, Zaidi Razali :)

Posted December 30th, 2008 by edyanie 1 Comment »



Akhirnya siap juga ebook khas yang ingin saya berikan pada semua pembaca blog ini. 2 ebook yang ingin saya berikan kepada ialah yang berikut:

Panduan untuk memiliki nama domain dengan percuma.

Dalam panduan ini, anda akan diajar cara-cara untuk mendapatkan nama domain dengan percuma secara langkah demi langkah. Sesuai dibaca oleh semua orang .

 

Soal Jawab asas CBC Terbongkar

Dalam ebook ini, saya telah menyediakan jawapan kepada persoalan tentang satu peluang jana wang yang sangat mudah dan terjamin. Ia adalah hasil pengalaman dan kajian saya selama menyertainya.

untuk download kedua-dua ebook ini, sila lawati bahagian “DOWNLOAD PERCUMA

Itu sahaja untuk kali ini. Selepas ini, saya ada lagi beberapa ebook ringkas yang mahu saya berikan kepada anda. Jadi, sudi-sudilah lawati laman ini selalu ya ?

Posted December 3rd, 2008 by edyanie 1 Comment »