
Boleh dikatakan hampir semua umat islam di Malaysia mengetahui apa itu kitab berzanji. Yang muda-muda pun saya yakin paling tidak pun pernah mendengar perkataan “berzanji” itu. Tetapi tidak semua orang kita yang mengetahui apa sebenarnya kitab berzanji tu. Jadi coretan kali ini akan memfokuskan pada mengenali kitab berzanji dengan lebih jelas.Kitab berzanji adalah sebuah kitab kumpulan sajak yang di punyai oleh Abu Jaafar Al Barzanji yang berasal dari negeri Barzanj, Iraq. Ia merupakan salah satu cabang seni suara warisan melayu dari golongan syair yang mempunyai unsur pengaruh Arab. Kitab berzanji ini mengandungi syair puji-pujian mengenai kehidupan Rasulullah s.a.w.
Siapa Abu Jaafar Al Banzanji? beliau yang juga dikenali sebagai Sayyid jaafar al-Banzanji dilahirkan di kota Madinah pada tahun 1126H. Beliau telah memegang jawatan penting Klik sini untuk baca keseluruhan coretan ini »
Posted March 15th, 2009
by edyanie
Akhirnya setelah berdoa dan berusaha, saya mendapat jua bayaran hasil usaha saya sebanyak USD20.30. Mungkin bagi sesetengah orang, nilai USD yang saya perolehi itu sangat sedikit, tetapi bagi saya, ia adalah satu nilai yang sangat besar buat saya, kerana setiap sen yang saya perolehi adalah merupakan salah satu bentuk rezeki yang allah kurniakan pada saya. Maka, sebab itulah saya benar-benar bersyukur bila saya perolehi USD20.30. Selain itu, nilai USD itu pun sebenarnya perlukan satu usaha dan pengharapan yang tinggi juga. Saya sebenarnya hampir putus asa untuk “berjuang” mendapatkannya walaupun sebenarnya saya layak. tetapi rupanya ia bukan satu jalan yang terbaik, dan saya telah buat keputusan untuk “berjuang” mendapatkannya.
Berdasarkan pemerhatian saya, ramai yang sertai peluang buat duit usd ini telah mendapat bayarannya. Boleh dikatakan semuanyalah mendapat bayaran seperti yang dijanjikan. Saya lihat ramai yang mendapat nilai usd yang sangat banyak. Klik sini untuk baca keseluruhan coretan ini »
Posted March 12th, 2009
by edyanie
Bila sebut percuma, semua orang nak. Tapi bila kena beli, mesti fikir banyak kali. Saya juga termasuk dalam golongan ini yang selalu berfikir banyak kali sebelum membeli sesuatu. Selagi rasa tak perlu, selagi tu lah tak beli. Baru-baru ini saya telah membeli satu ebook berbahasa melayu yang saya yakin saya sangat perlukan iaitu ebook “PANDUAN VCC” yang dihasilkan oleh saudara Naem. Naem ini saya kenal melalui laman blog beliau iaitu diariadsense.com. Beliau adalah salah seorang penulis ebook yang saya agak kagum sebab beliau hasilkan ebook seperti mana yang beliau janjikan dalam salesletter jualan. Pandangan ini bukan berdasarkan dari pihak lain, tapi adalah hasil daripada pembacaan saya dari ebook berbayar beliau sejak ebook ppc percuma lagi. Panduan VCC ini adalah ebook beliau yang kedua saya beli dan hasilnya memang tip top, berbaloi saya rasa membayarnya.
Mengapa saya rasa berbaloi? sebabnya Klik sini untuk baca keseluruhan coretan ini »
Posted January 31st, 2009
by edyanie