Laman Coretan Zaidi Razali.. » islam


berdoa kepada AllahJawapan untuk “Aku”: antara sebab doa tidak dimakbulkan ialah kerana hati “Aku” menjadi buta disebabkan sepuluh perkara:

1- Aku mengenali Allah, tetapi  Aku tidak menunaikan suruhan-Nya

2- Aku mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi  Aku meninggalkan sunnahnya.

3- Aku membaca Al-Quran, tetapi Aku tidak beramal dengannya.

4- Aku makan nikmat Allah, tetapi Aku tidak bersyukur kepada-Nya

5- Aku mengatakan syaitan musuh Aku, tetapi  Aku tidak menentangnya.

6- Aku mengatakan syurga itu benar, tetapi Aku tidak bersedia untuknya.

7- Aku mengatakan neraka itu benar, tetapi Aku tidak lari daripadanya

8-Aku mengatakan mati itu benar, tetapi Aku tidak bersedia untuknya.

9-Aku bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi Aku melupakan keaiban diri sendiri.

10- Aku mengebumikan mayat-mayat(sahabat-sahabat Aku) tetapi  Aku tidak mengambil iktibar daripada mereka.

“Aku” membalas: Oooo…itu sebabnya. Diri sendiri yang salah kerana menjadi punca doa ditolak. Kini aku sedar kesilapanku. Masa untuk berubah! bila? pastinya sekarang juga kerana aku tidak tahu bilakah “tarikh tamat” aku. Semoga doa aku selepas ini tidak ditolak lagi, InsyaAllah

Posted July 16th, 2011 by edyanie No Comments »



Seperti yang kita semua telah maklum, influenza A  H1N1 atau lebih tepat dikenali sebagai selsema babi adalah satu penyakit yang merbahaya pada waktu ini. Ini kerana penyakit ini adalah berpunca daripada virus yang mudah tersebar melalui udara. Bila melibatkan udara, itu adalah satu ancaman besar kerana setiap manusia sentiasa bernafas. dengan suasana sekitar malaysia yang sentiasa berangin, telah menjadikan penyakit ini menjadi ancaman terbesar pada negara kita.

Jika dilihat, langkah pencegahan pun telah diwar-warkan oleh kerajaan malaysia seperti meminta kita menjaga kebersihan diri, memakain topeng muka, dan sebagainya.  timbul persoalan, adakah kaedah pencegahan itu sudah cukup? Klik sini untuk baca keseluruhan coretan ini »

Posted August 21st, 2009 by edyanie 2 Comments »



Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua pembaca blog ini yang beragama islam, dan kepada seluruh orang islam di dunia secara amnya. Saya berharap kita semua dapat menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan lebih menyayangi Rasulullah s.a.w dengan cara menzahirkan melalui tindakan kita selepas ini. Antara cara kita menunjukkan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w adalah dengan melakukan segala ajaran islam yang telah dibawa oleh baginda. Jika sebelum ini kita selalu tinggalkan solat, maka selepas ini kita tidak akan tinggalkan solat, atau jika selama ini kita tidak melakukan amalan zakat, maka kali ini kita lakukan amalan zakat. Dengan menzahirkan pelaksananna ajaran baginda, ini membuktikan bahawa kita benar-benar menyayangi dan mencintai Rasulullah s.a.w.Semoga kehidupan kita sebagai umat islam akan sentiasa hidup bahagia di dunia dan juga di akhirat.

Salam Maulidul Rasul daripada saya, Zaidi Razali :)

Posted March 9th, 2009 by edyanie No Comments »