Jawapan untuk “Aku”: antara sebab doa tidak dimakbulkan ialah kerana hati “Aku” menjadi buta disebabkan sepuluh perkara:
1- Aku mengenali Allah, tetapi Aku tidak menunaikan suruhan-Nya
2- Aku mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi Aku meninggalkan sunnahnya.
3- Aku membaca Al-Quran, tetapi Aku tidak beramal dengannya.
4- Aku makan nikmat Allah, tetapi Aku tidak bersyukur kepada-Nya
5- Aku mengatakan syaitan musuh Aku, tetapi Aku tidak menentangnya.
6- Aku mengatakan syurga itu benar, tetapi Aku tidak bersedia untuknya.
7- Aku mengatakan neraka itu benar, tetapi Aku tidak lari daripadanya
8-Aku mengatakan mati itu benar, tetapi Aku tidak bersedia untuknya.
9-Aku bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi Aku melupakan keaiban diri sendiri.
10- Aku mengebumikan mayat-mayat(sahabat-sahabat Aku) tetapi Aku tidak mengambil iktibar daripada mereka.
“Aku” membalas: Oooo…itu sebabnya. Diri sendiri yang salah kerana menjadi punca doa ditolak. Kini aku sedar kesilapanku. Masa untuk berubah! bila? pastinya sekarang juga kerana aku tidak tahu bilakah “tarikh tamat” aku. Semoga doa aku selepas ini tidak ditolak lagi, InsyaAllah
Posted July 16th, 2011 by edyanie No Comments » This entry was posted on Saturday, July 16th, 2011 at 9:17 pm and is filed under islam. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.



Nak Komen? mesti la boleh,. isikan pada ruangan dibawah ini ya..