Laman Coretan Zaidi Razali.. » Blog Archive » Pesanan dari pemusnah kubu rahsia usahawan tshirt printing


Nampaknya pada hari ini tergerak hati ingin menulis pada blog ini. ini adalah kemungkinan didorong oleh sesuatu perkara yang saya rasa penting dan berguna untuk saya kongsikan dengan pembaca blog ini.

hati saya mula tergerak untuk menulis dalam blog ini hari ini setelah saya menerima salah satu emel yang saya perolehi dari seseorang yang saya suka gelar sebagai pemusnah kubu rahsia usahawan tshirt printing. mengapa saya berkata begitu? sebelum saya menjawab persoalan tersebut, saya lampirkan emel yang beliau hantar kepada saya dibawah:

Salam Sejahtera edy,

Sedar tak sedar, hanya tinggal 72 jam sahaja lagi
sebelum ebook BisnesTshirt dinaikkan harga.

edy  tahu kan yang ebook ini akan dinaikkan harga pada 1 Mac ini?

Alhamdulillah hajat saya untuk berkongsi peluang hebat ini
hampir berjaya mencapai target kerana dalam sudah hampir 250 unit
sudah terjual dalam masa 25 hari.

edy sudah mendapatkannya belum?
Ini dia link untuk edy —-> rahsia bisnes tshirt

Apa yang menggembirakan lagi, setakat ini tiada seorang pun yang
memberikan pandangan negatif terhadap ebook perkongsian bisnes hebat
yang saya hasilkan ini.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada anda yang terus memberikan
sokongan dengan mendapatkan ebook ini awal-awal lagi.

Untuk anda yang belum mendapatkannya,
anda boleh terus klik di sini —-> rahsia bisnes tshirt

Ramai juga yang sudah memulakan rentak dan ada yang sudah mendapat
jualan pertama. Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan.

Ada juga yang memarahi saya kerana harga ebook yang saya jual ini terlalu
murah. Ini adalah kerana ianya tidak setaraf nilai kandungan ebook tersebut
beserta dengan senarai kilang t-shirt yang saya bekalkan.
Itulah kehebatan ebook ini! Saya ikhlas berkongsi teknik dan strategi yang
saya hasilkan sudah setahun lebih ini.

Cepat! Jangan bagi terlepas ketika harga masih rendah.
Harga akan dinaikkan kepada satu harga yang akan dibincangkan selepas ini.

Sekali lagi saya berikan link sebelum anda terlepas untuk
mendapatkan peluang hebat ini —>  rahsia bisnes tshirt

ANDA MASIH RAGU-RAGU?
Ada juga yang masih fobia dan takut-takut kerana mereka pernah beli ebook
dari orang lain sebelum ini tetapi ebooknya belum dihantar sampai sekarang.

Nah! Saya berikan No. H/P saya untuk anda. Itulah jaminan saya sekiranya
anda masih ragu-ragu dengan jualan saya ini. Jarang penjual ebook buat
macam ni. Tetapi saya berikannya khas untuk anda.

Ini no. h/p saya —-> 013-6032855 (Hafizi)
Anda boleh SMS kepada saya kerana kadang-kadang
saya berada dalam kelas :-)

Terima kasih dan Salam Maulidurrasul saya ucapkan kepada anda yang beragama Islam.

edy klik pada rahsia bisnes tshirt sekarang ok.

Yang ikhlas,

Hafizi Zain & Mawardee

ok, sudah baca? bagus. mungkin anda sudah hampir jelas mengapa saya katakan beliau adalah “pemusnah”. ini kerana bisnes tshirt printing ini adalah satu bisnes yang benar-benar sukar untuk diketahui rahsia bagaimana ia berjalan, terutamanya pihak mana yang perlu dirujuk untuk mendapatkan bekalan dan membuat tempahan. boleh dikatakan semua tempat mahukan tshirt printing, tidak kira sekolah, pejabat, universiti, dan sebagainya. Jadi, boleh dikatakan bisnes ini terlalu selamat sehingga jika seseorang itu berjaya memusnahkan sedikit kubu yang mengandungi rahsia bisnes tshirt ini, maka beliau sangat berpeluang cerah untuk mendapat keuntungan yang sangat lumayan. akan tetapi, kebanyakan dari mereka ini, hanya berjaya menjadi orang pihak ketiga, bukan terus dapat berurusan dengan pihak kilang. itu faktanya…contoh terdekat, adalah kawan saya sendiri, beliau menjalankan bisnes tshirt yang hanya berperanan sebagai orang ketiga. dan ramai lagi yang saya kenal diuniversiti saya,  hanya mampu menjadi pihak ketiga sahaja. akan tetapi, walaupun mereka hanya pihak ketiga, keuntungan mereka masih sangat lumayan. jangan bandingkan dengan mereka yang boleh secara terus berurusan dengan pihak kilang, pastinya mereka lebih banyak keuntungan. saya pun ada contoh mereka yang tergolong dalam “direct team” iaitu saudara A. cukup saya katakan A, dan biarlah identitinya kekal rahsia. beliau menjalankan bisnes ini sepenuh masa dan apa yang saya tahu, memang keuntungan yang beliau  perolehi terlalu lumayan sehingga beliau boleh bersaing dengan lain2 usahawan. kerana apa? kerana beliau terus deal dengan pihak kilang.

Jadi, apa yang ingin saya tekankan, sekiranya anda sedar lubuk ini dan anda ingin menjadi orang yang “bertuah” merebut peluang menjadi orang “direct team” ini, dapatkan ebook tulisan beliau, kerana saya yakin sekiranya selepas ini beliau membuat keputusan menutup jualan ebook ini, maka rahsia kubu usahawan bisnes tshirt ini juga akan kembali tertutup dan ketika itu, mungkin untuk anda mengetahui rahsi tersebut memerlukan anda membayar lebih mahal dari apa yang ditawarkan ketika ini. ini disebabkan beliau terlalu ikhlas mendedahkan banyak kilang kepada pembeli rahsia ini. kalau saya jadi usahawan tshirt pun, saya mesti marah dengan beliau kerana mewujudkan lebih banyak saingan dalam bisnes ini. tapi saya yakin, pasaran bisnes tshirt tidak akan tepu disebabkan masih lagi belum disertai ramai.

sejujurnya, saya tak beli pun ebook beliau. sebab? saya sudah ada pihak “direct team” yang boleh saya berurusan jika saya mahu buat bisnes tshirt. saya bab untung tidak kisah banyak atau sikit, janji dapat. so, bagi saya, cukup peranan saya dengan hanya berurusan dengan seseorang yang berada dalam “direct team” :D

baiklah, rasanya cukup sekadar itu perkongsian saya pada coretan kali ini. dan seperti biasa, coretan ini pasti ada sesuatu yang berguna dan bermanfaat kepada anda, jika tidak, saya tidak akan coretkan disini. saya bukan suka promosikan sesuatu yang membuta tuli, lagi2 melibatkan pengeluaran duit. saya hanya akan war-warkan pada pembaca blog saya jika saya rasakan sesuatu maklumat itu manfaatnya sangat besar. sekian.. :D

Posted February 26th, 2010 by edyanie No Comments » This entry was posted on Friday, February 26th, 2010 at 4:29 pm and is filed under umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Nak Komen? mesti la boleh,. isikan pada ruangan dibawah ini ya..

Spam Protection by WP-SpamFree