Laman Coretan Zaidi Razali.. » Blog Archive » Fuhyoooo…aik, apa yang fuhyoooo ni?


Fuhyoo….ada radio online rupanya sekarang ye. Baru aku tau…

hey,aku bukan baru “celik” tau pasal radio online ini, aku lama dah tau pasal boleh dengar radio melalui online. Tapi ungkapan “fuhyoo” tu pasal baru aku tau yang adanya satu channel FM baru dan unik di Malaysia ni. Ini bukan channel biasa yang korang boleh dengar walaupun kat corong-corong radio klasik korang. ini lain dari yang lain maaa…apa yang lainnya? Nanti aku beritahulah apa yang lainnya channel nih. Mula mula sekali aku nak gitau nama channel tu adalah FUHYOO FM. Sebut lagi sekali…fuhyoo…FM…hehe, korang rasa catchy tak nama channel ini..bagi aku, tabik span la aku pada yang kasi idea nama ni, memang pengasas channel ni mesti orang yang banyak idea fuhyoo ;)

Ok, aku nak highlightkan apa yang lainnya channel ini berbanding channel lain:

1) Banyak lagu dari iklan
Hehe…ni yang aku paling suka, pasal susah nak dengar iklan kat radio ni lagi. Mungkin lah masih baru lagi(baru nak dikomersial kan secara lebih meluas), akan datang tak tahulah pulak. Tapi aku haraplah konsep “banyak lagu” ini dapat dikekalkan supaya sentiasa sedap didengar.. ;)

2) Direkomen oleh blogger tersohor

Channel ini aku dapat tau pun dari salah satu blog yang aku suka lepak melayan jiwang penulisannya iaitu saudara rohaizad. Kalau korang dalam kategori pembaca tegar blog orang lain ataupun jenis suka menyemakkan blog dengan komen korang ;p pasti korang kenal siapa blogger rohaizad ini. Beliau ada memberitahu tentang kewujudan channel ini dalam blog beliau. Bagi aku,bila blogger tersohor seperti beliau menwar-warkan fuhyoo fm, pasti ada sesuatu yang “fuhyoo” dalam channel ini. Nak tau, korang layan sendiri lah..tak dengar, camna nak rasa fuhyooonyer, ye tak ;)

3) Tak banyak merapu

Merapu yang aku maksudkan adalah dari segi pengisiannya. kalau dikebanyakan channel yang biasa kita dengar, terlalu banyak hiburan kosong sahaja berbanding informasi dan ilmu yang dikongsikan. Jadi, bila korang layan Fuhyoo FM , banyak informasi yang akan korang perolehi, terutama berkaitan perniagaan internet. Channel Fuhyoo FM ini bagi aku boleh dijadikan salah satu channel yang patut dicontohi supaya dapat mendidik masyarakat kita “jejak tanah” dan bukan hanya sekadar membuat kita melayang-layang dengan gossip dan hiburan “kosong” yang terlampau padat dalam pengisian seperti kebanyakan channel yang lain.


4) Lagu yang pelbagai rentak

Ni satu lagi sebab yang aku suka dengar channel ni. Lagu-lagunya tak terikat dengan sesuatu genre je, boleh dikatakan macam-macam ada..ada lagu klasik, lagu rock kapak, lagu pop, lagu indon, dan banyak lagi lah..Harap konsep kepelbagaian ini kekal supaya lebih ramai lagi akan menjadi pendengar setia channel ini dan aku pun tak cabut lari ke channel lain..;)

Sebenarnya banyak nak aku kongsikan apa yang “fuhyoo” tentang Fuhyoo FM ini, tapi cukuplah tu je aku highlightkan apa yang fuhyoo tentang channel Fuhyoo FM ini, nanti boring lak korang baca coretan aku nih kalau banyak sangat ;) . Aku ni nak menulis kerap tu tak rajin, tapi kalau dah tulis tuh, panjang gak nak coret-coret kat blog ini..hehe..ok, aku ucapkan selamat maju jaya pada Fuhyoo FM…semoga mampu terus kekal dengan konsep sedia ada dan menjadi benar-benar “fuhyooooo” pada seluruh pendengar tegar radio dimalaysia… ;)

Posted January 30th, 2010 by edyanie 1 Comment » This entry was posted on Saturday, January 30th, 2010 at 8:40 am and is filed under review, umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Fuhyoooo…aik, apa yang fuhyoooo ni?”

  1. PisangPanas Says:

    Internet memang best bro..sambil berblog boleh pulak layan radio online..

Nak Komen? mesti la boleh,. isikan pada ruangan dibawah ini ya..

Spam Protection by WP-SpamFree