Laman Coretan Zaidi Razali.. » Blog Archive » Influenza A H1N1@ Selsema Babi : cukup kah sekadar pakai topeng muka?


Seperti yang kita semua telah maklum, influenza A  H1N1 atau lebih tepat dikenali sebagai selsema babi adalah satu penyakit yang merbahaya pada waktu ini. Ini kerana penyakit ini adalah berpunca daripada virus yang mudah tersebar melalui udara. Bila melibatkan udara, itu adalah satu ancaman besar kerana setiap manusia sentiasa bernafas. dengan suasana sekitar malaysia yang sentiasa berangin, telah menjadikan penyakit ini menjadi ancaman terbesar pada negara kita.

Jika dilihat, langkah pencegahan pun telah diwar-warkan oleh kerajaan malaysia seperti meminta kita menjaga kebersihan diri, memakain topeng muka, dan sebagainya.  timbul persoalan, adakah kaedah pencegahan itu sudah cukup? Sebenarnya, langkah-langkah ini masih tidak mencukupi jika kita tidak kembali pada yang maha pencipta, Allah s.w.t. Janganlah rasa terlalu yakin dengan memakai topeng muka, anda akan terhindar dari terkena penyakit selsema babi ini, kerana anda tetap bernafas, dan bila bernafas, anda akan menghirup udara disekeliling. dan ini tetap merisikokan diri anda terkena penyakit selsema babi ini.

Bukan tujuan saya untuk menafikan usaha anda itu, tetapi hanya ingin mengingatkan bahawa setiap usaha yang kita lakukan mestilah tetap memerlukan kaedah yang dianjurkan oleh islam iaitu berdoa. dan islam juga ada cara untuk mengelakkan diri kita dari terkena selsema babi ini. saya hanya mahu syorkan kepada supaya menambahkan lagi cara atau kaedah menghalang penyakit ini menjangkiti diri anda. jangan hanya 1 @ 2 kaedah sahaja, kemudian tidak mahu cari kaedah lain lagi. Semakin banyak kaedah kita lakukan, semakin rendah risiko untuk terkena penyakit selsema babi.

Jadi, disini, saya mahu kongsikan kepada anda satu kaedah yang telah dianjur kan oleh islam untuk melindungi diri kita, keluaraga kita, dari segala ancaman, bukan sahaja ancaman selsema babi sahaja, bahkan segala perkara yang boleh mengganggu kehidupan kita. kaedah ini telah disyorkan oleh pihak yang pakar dalam ilmu perubatan islam malaysia. Jadi, tidak perlu ragu2 sama ada ia betul atau tidak. hanya perlu amalkan apa yang disyorkan.

hanya perlu klik disini, download, printkan, dan kemudian amalkan. Insyaallah, dengan bergantung kepada Allah s.w.t beserta tindakan “biasa” kita akan melindungi kita dari terkena penyakit selsema babi ini.  :)

p/s: nampaknya kerajaan Malaysia telah menyediakan maklumat yang lengkap berkenaan wabak ini termasuk cara mengelakkan dari terkena virus ini. kalau nak tahu, klik sahaja disini ya.

Posted August 21st, 2009 by edyanie 2 Comments » This entry was posted on Friday, August 21st, 2009 at 10:25 am and is filed under islam, umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Influenza A H1N1@ Selsema Babi : cukup kah sekadar pakai topeng muka?”

  1. Jimi Says:

    Dengar cerita topeng tu sebenarnya tak cukup sebab virus tu lebih kecil dari liang pada topeng. Tak tau la, pakai je sebagai precaution.

  2. edyanie Says:

    itu hakikatnya. memang virus ni terlalu kecil dan merbahaya. jadi, disyorkan supaya lebih berhati-hati dan kurangkan berada dikawasan yang ramai orang. :) amalkan apa yang telah dikongsikan. insyaallah, selamat :)

Nak Komen? mesti la boleh,. isikan pada ruangan dibawah ini ya..

Spam Protection by WP-SpamFree