Laman Coretan Zaidi Razali.. » Blog Archive » Review Khas Majalah IM edisi 12 – teknik dan tips “buat duit paling popular” terbongkar


Kali ini, saya ambil keputusan untuk mereview lagi tentang isi kandungan bagi sebuah Majalah online “payfree”(ataupun bermaksud jenis berbayar tapi diberikan percuma) iaitu Majalah IM. Nampaknya Pencipta Majalah ini masih mengotakan janji mereka walaupun semakin lama majalah ini dihasilkan, semakin banyak rahsia-rahsia besar tentang dunia perniagaan internet dibongkar. Jujur saya katakan jika saya yang lancarkan Majalah ini, kemungkinan besar selepas masuk edisi ke 12 ini, saya akan mengenakan caj tetapi dalam kadar yang rendah. Ini kerana Info dalam Majalah ini bukan picisan semata-mata, kerana ia memberi gambaran jelas terutama pada mereka yang baru bertapak dalam dunia perniagaan dan penjanaan wang di internet. Penulis-penulis yang terlibat dalam majalah ini pun bukan calang-calang orangnya. Hanya penulis yang “cakap serupa bikin” sahaja yang menyumbang idea. Mereka berkongsi idea mereka berdasarkan pengalaman dan ilmu mereka sendiri, bukan setakat ambil idea orang, tapi penulis sendiri belum berjaya melaksanakan ideanya itu.

Ok, tadi tu review umum sahaja, dan kali ini saya fokuskan pada review yang lebih khusus tentang isi kandungan Majalah IM edisi 12 ini. Kali ini, Majalah IM akan menyajikan kepada pembacanya tentang salah satu cara buat duit paling popular di internet, iaitu AFFILIATE. Saya yakin, tidak semua orang terutama newbie dalam dunia penjanaan wang di internet memahami secara jelas apa yang dimaksudkan dengan dengan AFFILIATE. Kita bertuah kerana telah diberi jalan pintas untuk fahami apakah maksud sebenar AFFILIATE hanya dengan membaca Majalah IM edisi 12 sahaja. Jalan pintas yang dimaksudkan bukanlah bermaksud hanya menyatakan affiliate secara jelas, tetapi dikongsikan juga beberapa tips dan teknik yang telah terbukti membantu pakar usahawan internet menjana wang lumayan. Siapa yang saya maksudkan? Antara yang beri sumbangan adalah Zamri Nanyan, yang sememangnya tersohor dalam dunia perniagaan internet, bukan sahaja di Malaysia, bahkan di dunia IM antarabangsa. Saya bangga sama u Bro Zamri..tabik hormat… ;)   Selain Zamri Nanyan, terdapat beberapa lagi otai-otai usahawan internet yang berkongsi idea dan tips rahsia besar berkaitan affiliate kepada pembaca Majalah IM edisi 12. Seorang lagi yang saya ingin nyatakan adalah model cover depan Majalah IM edisi 12, iaitu saudara Yusri. Saya terkejut dan kemudian kagum dengan beliau. Sebab saya terkejut adalah beliau menyatakan “Pertama sekali sebab saya malas…..” boleh bayangkan tak ya, “Malas” pun boleh jana wang lumayan..Untuk ketahui rahsia saudara Yusri ni dan temubual lengkap beliau dengan Majalah IM, jangan tunggu lagi ya, bertindak segera untuk download majalah “Payfree” ini.

Setakat ini sahaja review saya bagi majalah IM edisi 12 ini. Sebenarnya masih banyak lagi info hebat yang dikongsikan dengan pembaca dalam edisi 12 ini, tetapi tak dapat saya nak ulas kesemuannya. Sekarang, tugas anda cuma lawati laman web dengan klik disini untuk download dan seterusnya praktikkan RAHSIA BESAR yang telah dibongkar dalam Majalah IM edisi ini.

Selamat mendownload ya dan semoga majalah ini mampu memberikan anda “satu jalan rahsia”  bagi menobatkan anda menjadi salah seorang usahawan internet yang hebat di Malaysia dan juga antarabangsa

Posted April 2nd, 2009 by edyanie 1 Comment » This entry was posted on Thursday, April 2nd, 2009 at 1:59 am and is filed under buat duit, review. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Review Khas Majalah IM edisi 12 – teknik dan tips “buat duit paling popular” terbongkar”

  1. ibnujusup Says:

    salam……..
    info best bro….
    moga terus maju…. :-)

Nak Komen? boleh, takde masalah. isikan pada ruangan dibawah ini ya..

Spam Protection by WP-SpamFree