Laman Coretan Zaidi Razali.. » 2009 » April


Yess, saya menang satu lagi pertandingan iaitu yang dianjurkan oleh saudara Naem iaitu review panduan vcc. Ia adalah kemenangan kedua saya selepas pertandingan review Majalah IM versi 11. Bagi pertandingan review Majalah IM versi 11, saya memperolehi hadiah “hebat” iaitu buku motivasi yang saya benar-benar inginkan iaitu bertajuk “LA TAHZAN”. Terima kasih atas hadiah itu team Majalah IM. Untuk pertandingan review panduan VCC, saya layak untuk mendapat wang tunai sebanyak RM30 dan “bonus hebat”. Satu lagi hadiah yang “hebat” saya terima dalam bulan ini. Dan berita baiknya, hadiah yang ini boleh dinikmati oleh anda semua. Nak tau ke apa dia “bonus hebat” yang saya perolehi? Boleh terus lihat di sini. Dan saya ingin ambil peluang ini untuk berkongsi “bonus hebat” dengan anda semua.

Apakah “bonus hebat” yang boleh anda perolehi daripada saya?

“bonus hebat” yang saya maksudkan adalah Klik sini untuk baca keseluruhan coretan ini »

Posted April 15th, 2009 by edyanie 1 Comment »



Kali ini, saya ambil keputusan untuk mereview lagi tentang isi kandungan bagi sebuah Majalah online “payfree”(ataupun bermaksud jenis berbayar tapi diberikan percuma) iaitu Majalah IM. Nampaknya Pencipta Majalah ini masih mengotakan janji mereka walaupun semakin lama majalah ini dihasilkan, semakin banyak rahsia-rahsia besar tentang dunia perniagaan internet dibongkar. Jujur saya katakan jika saya yang lancarkan Majalah ini, kemungkinan besar selepas masuk edisi ke 12 ini, saya akan mengenakan caj tetapi dalam kadar yang rendah. Ini kerana Info dalam Majalah ini bukan picisan semata-mata, kerana ia memberi gambaran jelas terutama pada mereka yang baru bertapak dalam dunia perniagaan dan penjanaan wang di internet. Penulis-penulis yang terlibat dalam majalah ini pun bukan calang-calang orangnya. Hanya penulis yang “cakap serupa bikin” sahaja yang menyumbang idea. Mereka berkongsi idea mereka berdasarkan pengalaman dan ilmu mereka sendiri, bukan setakat ambil idea orang, tapi penulis sendiri belum berjaya melaksanakan ideanya itu.

Ok, tadi tu review umum sahaja, dan kali ini saya fokuskan pada review Klik sini untuk baca keseluruhan coretan ini »

Posted April 2nd, 2009 by edyanie 1 Comment »