Laman Coretan Zaidi Razali.. » 2009 » March


Ya, itulah review ikhlas dari saya untuk mereka yang telah menghasilkan Majalah IM yang pertama di Malaysia. Berdasarkan pandangan saya setelah membaca kesemua majalah IM, saya merasakan ilmu yang dikongsikan dalam Majalah itu sangat unik dan sepatutnya boleh “dijual”, tetapi pemilik Majalah IM membuat keputusan untuk memberikan secara percuma kepada sesiapa sahaja yang mahukannya.

Bagi saya, mereka-mereka yang terlibat dalam penghasilan Majalah IM adalah mereka yang sebenarnya ingin menyumbang kepada perkembangan perniagaan internet yang positif di Malaysia. Mereka ingin menjalankan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat Malaysia yang mana mereka sebenarnya bermatlamat untuk “membersihkan” nama dunia internet yang telah dianggap oleh negatif oleh sebahagian besar rakyat Malaysia terutama yang melibatkan pencarian wang. Ini kerana dunia internet hanya dikenali oleh ramai rakyat malaysia sebagai tempat pencarian wang melalui skim skim cepat kaya yang wujud pada tahun-tahun yang lepas sehingga menyebabkan ia mengaburkan pandangan orang ramai terhadap peluang jana wang sebenar diinternet. Jadi, Dengan penyebaran “Produk kualiti setaraf berbayar tetapi percuma”  secara percuma, maka semakin ramai Klik sini untuk baca keseluruhan coretan ini »

Posted March 7th, 2009 by edyanie 6 Comments »