Laman Coretan Zaidi Razali.. » Blog Archive » Mari mengenali Kitab Berzanji


berzanji

Boleh dikatakan hampir semua umat islam di Malaysia mengetahui apa itu kitab berzanji. Yang muda-muda pun saya yakin paling tidak pun pernah mendengar perkataan “berzanji” itu. Tetapi tidak semua orang kita yang mengetahui apa sebenarnya kitab berzanji tu. Jadi coretan kali ini akan memfokuskan pada mengenali kitab berzanji dengan lebih jelas.Kitab berzanji adalah sebuah kitab kumpulan sajak yang di punyai oleh Abu Jaafar Al Barzanji yang berasal dari negeri Barzanj, Iraq.  Ia merupakan salah satu cabang seni suara warisan melayu dari golongan syair yang mempunyai unsur pengaruh Arab. Kitab berzanji ini mengandungi syair puji-pujian mengenai kehidupan Rasulullah s.a.w.

Siapa Abu Jaafar Al  Banzanji? beliau yang juga dikenali sebagai Sayyid jaafar al-Banzanji dilahirkan di kota Madinah pada tahun 1126H. Beliau telah memegang jawatan penting dalam pentadbiran negara islam madinah iaitu sebagai mufti Saffi’iyyah. Sebelum beliau masuk islam, beliau adalah seorang penganut kristian yang sangat-sangat mengagungkan Nabi Isa a.s.Kitab berzanji karangan Abu Jaafar Al Banzanji telah diterjemahkan daripada bahasa arab kepada bahasa melayu oleh Jamaluddin bin Hashim. Kitab ini siap diterjemah pada 12 Rabiulawal 1391H.

Bagaimana kitab berzanji ini wujud? Menurut sejarah, ia wujud ketika peperangan antara islam dan kristian yang ketika itu angkatan islam dipimpin oleh Salahuddin Al-Ayyubi. Ketika itu, tentera kristian yang dipimpin oleh Richard the Lion Heart sedang meraikan hari Natal(Krismas), maka Salahuddin Al-Ayyubi  mengadakan sayembara menulis sajak-sajak pujian kepada Rasulullah s.a.w untuk dibacakan pada hari mengingati kelahiran nabi buat pertama kalinya. Sayembara ini telah dimenangi oleh Abu Jaafar dan karyanya dideklamasikan ketika hari mengigati kelahiran nabi atau lebih kita kenali sebagai Perayaan Maulid Rasul pada ketika ini.Sajak yang menceritakan Riwayat kelahiran Rasulullah s.a.w dalam kitab berzanji adalah mengikut turutan dan ia bertepatan dengan sirah@ riwayat kelahiran Rasulullah s.a.w yang sebenar. Jadi, Kita tak perlulah risau untuk membaca kitab Berzanji sebab ia tidak melanggar syariah islam.

Sekian penjelasan yang ringkas tentang Kitab berzanji yang telah bergitu sinonim dalam kehidupan masyarakat melayu islam di Malaysia. Dengan membaca penulisan ini, maka anda berjaya menambah pengetahuan baru dalam minda anda, dan diharap anda akan menyebarkan ilmu yang anda perolehi dalam penulisan ini kepada setiap orang yang berhampiran dengan anda. Ini kerana ilmu yang kita kongsikan pada lebih ramai orang tidak akan mengurangkan sedikit pun ilmu dalam diri kita bahkan ia akan membuka peluang pada kita untuk lebih memperolehi ilmu baru yang lebih berharga dari harta wang ringgit. :)

Posted March 15th, 2009 by edyanie No Comments » This entry was posted on Sunday, March 15th, 2009 at 12:00 am and is filed under umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Nak Komen? mesti la boleh,. isikan pada ruangan dibawah ini ya..

Spam Protection by WP-SpamFree