Laman Coretan Zaidi Razali.. » Blog Archive » USD20.30 menjadi milikku jua


Akhirnya setelah berdoa dan berusaha, saya mendapat jua bayaran hasil usaha saya sebanyak USD20.30.  Mungkin bagi sesetengah orang, nilai USD yang saya perolehi itu sangat sedikit, tetapi bagi saya, ia adalah satu nilai yang sangat besar buat saya, kerana setiap sen yang saya perolehi adalah merupakan salah satu bentuk rezeki yang allah kurniakan pada saya. Maka, sebab itulah saya benar-benar bersyukur bila saya perolehi USD20.30. Selain itu,  nilai USD itu pun sebenarnya perlukan satu usaha dan pengharapan yang tinggi juga. Saya sebenarnya hampir putus asa untuk “berjuang” mendapatkannya walaupun sebenarnya saya layak. tetapi rupanya ia bukan satu jalan yang terbaik, dan saya telah buat keputusan untuk “berjuang” mendapatkannya.

Berdasarkan pemerhatian saya, ramai yang sertai peluang buat duit usd ini telah mendapat bayarannya. Boleh dikatakan semuanyalah mendapat bayaran seperti yang dijanjikan. Saya lihat ramai yang mendapat nilai usd yang sangat banyak. Jadi, saya pun sabar, dan tidak ambil apa-apa tindakan disebabkan saya memikirkan bahawa mungkin pemberi usd itu utamakan mereka yang berjaya layak dapat usd banyak. Siapalah saya untuk diutamakan jika nak banding dengan mereka2 itu. selepas beberapa bulan, saya mula rasa pelik sebab masih tidak dibayar. maka saya pun mula rasa berbelah bagi, sama ada untuk mula usaha untuk menuntut janji atau sekadar menghalalkan sahaja. setelah berfikir panjang, akhirnya saya membuat keputusan untuk mula bertanya tentang bayaran yang dijanjikan. Boleh dikatakan saya hantar emel banyak kali, dan tiada jawapan.  Jadi pada minggu lepas, saya menghantar satu lagi emel yang saya anggap itu kali terakhir saya bertoleransi dengan penjanji itu. Dan tidak disangka, emel yang saya hasilkan berserta sedikit unsur “ugutan” telah menyedarkan mereka untuk membayar saya. Apa yang saya ugut? alah, sengaja je buat sedikit ugutan, tetapi sebenarnya saya tak pasti nak buat pun ;) hehe..  maklumlah, sebabnya saya ni siapalah nak banding dengan mereka tu yang dah untung berjuta usd..so, emel yang ada sedikit unsur “ugutan” tu hanyalah sebagai teknik saya yang terakhir sebelum saya menghalalkan hasil yang sepatutnya saya dapat tu. tetapi ia bukan sebab utama sebenarnya saya berjaya dapat bayaran, tetapi sebab utamanya adalah saya juga bertawakal dengan berdoa selalu kepada allah s.w.t. saya iringi usaha saya dengan tawakal yang berterusan, bukan 100% usaha sahaja.

Dan tidak disangka, dah rezeki saya, mereka membayar jugak saya USD20.30.  itulah yang saya rasakan rezeki itu memang benar-benar terbukti kurniaan allah pada seluruh manusia. Bukan sebenarnya bergantung 100% terhadap usaha yang dilakukan. Jadi, apa yang ingin saya tekankan dari sedikit pengalaman saya ini adalah disamping kita usaha mencari rezeki, jangan kita lupa untuk berdoa selalu kepada Allah s.w.t. usaha dan tawakal(berdoa) perlu seiring supaya kita dikurniakan rezeki yang melimpah ruah tanpa kita jangkakan. :)

p/s: siapa yang “penjanji” tu? biarlah ia menjadi rahsia dan juga disebabkan saya telah dibayar seperti yang dijanjikan.  Saya benar-benar tidak suka untuk menjejaskan keredibiliti seseorang kecuali jika mereka memaksa saya berbuat demikian. Apa pun, terima kasih atas wang USD20.30 yang “penjanji” telah berikan dan rasa bersyukur sangat pada Allah yang telah memberikan saya rezeki ini.. alhamdulillah :)

Posted March 12th, 2009 by edyanie No Comments » This entry was posted on Thursday, March 12th, 2009 at 2:40 pm and is filed under buat duit, umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Nak Komen? boleh, takde masalah. isikan pada ruangan dibawah ini ya..

Spam Protection by WP-SpamFree