Ya, itulah review ikhlas dari saya untuk mereka yang telah menghasilkan Majalah IM yang pertama di Malaysia. Berdasarkan pandangan saya setelah membaca kesemua majalah IM, saya merasakan ilmu yang dikongsikan dalam Majalah itu sangat unik dan sepatutnya boleh “dijual”, tetapi pemilik Majalah IM membuat keputusan untuk memberikan secara percuma kepada sesiapa sahaja yang mahukannya.
Bagi saya, mereka-mereka yang terlibat dalam penghasilan Majalah IM adalah mereka yang sebenarnya ingin menyumbang kepada perkembangan perniagaan internet yang positif di Malaysia. Mereka ingin menjalankan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat Malaysia yang mana mereka sebenarnya bermatlamat untuk “membersihkan” nama dunia internet yang telah dianggap oleh negatif oleh sebahagian besar rakyat Malaysia terutama yang melibatkan pencarian wang. Ini kerana dunia internet hanya dikenali oleh ramai rakyat malaysia sebagai tempat pencarian wang melalui skim skim cepat kaya yang wujud pada tahun-tahun yang lepas sehingga menyebabkan ia mengaburkan pandangan orang ramai terhadap peluang jana wang sebenar diinternet. Jadi, Dengan penyebaran “Produk kualiti setaraf berbayar tetapi percuma” secara percuma, maka semakin ramai yang akan berfikiran positif semula dan akhirnya masyarakat malaysia akan mula mempercayai internet sebagai medium bukan sahaja untuk menjana wang sebenar, tetapi juga menjadikan internet sebagai medium jual beli, dan ini akan lebih memajukan ilmu it dikalangan rakyat Malaysia.
itu adalah review umum saya tentang Majalah IM. dan kini saya akan review Majalah IM secara Khusus iaitu keluaran Majalah IM terbaru iaitu edisi ke 11. apa yang saya lihat, dalam edisi 11 ini, anda akan didedahkan dengan satu peluang jana wang yang lumayan yang diperolehi oleh sebahagian usahawan internet masa kini iaitu servis. Jadi, dengan membaca Majalah IM edisi 11 ini, anda akan dapat lihat bagaimana lumayannya hasil dari perkhidmatan yang anda tawarkan. dan yang paling menarik, kali ini yang menjadi cover majalah IM adalah salah seorang penulis kartun yang saya benar-benar minat sejak dari sekolah menengah iaitu saudara ubi a.k.a kartunis ubi. disini anda boleh tahu bahawa ubi sekarang bukan kartunis di majalah ujang tetapi telah menjadi usahawan internet yang berjaya dengan menawarkan servis yang menjadi kepakarannya iaitu membuat kartun. Ya, membuat kartun pun boleh buat duit diinternet. saya takkan ceritakan lebih lanjut kerana anda perlu mendapatkan malajah IM edisi 11 itu di laman web berikut ya.
Jangan risau, sebab ia memang benar-benar percuma. Saya yakin selepas anda membaca Majalah IM edisi 11, dan juga edisi yang terawal, saya yakin yang anda juga akan berpandangan seperti saya bahawa Majalah IM adalah PRODUK BERKUALITI SETARAF BERBAYAR tetapi diberikan percuma kepada kita semua.
sekian, review daripada saya. Semoga Majalah IM terus kekal dan percuma buat kita semua







March 7th, 2009 at 4:24 pm
Boleh tahan gak pandangan saudara mengenai Majalah IM ni, semoga apa yang diharapkan Majalah IM tidak mengubah prinsipnya pada masa akan datang. Biarlah Majalah IM diberikan secara percuma dan berterusan.
Md Yakub
http://dr-yakub.blogspot.com
March 9th, 2009 at 2:46 am
Md Yakub – Semua orang yang berada dalam dunia penjanaan wang di internet, termasuk saya mengharapkan perkara yang sama seperti anda Md Yakub. Saya yakin pencipta Majalah IM itu akan berikan majalah itu secara percuma selama-lamanya kerana mereka sudah pasti mampu menjana wang secara berterusan melalui majalah ini walaupun diberikan percuma kerana mereka ada “teknik” mereka sendiri. Maklumlah, mereka kan terdiri dari usahawan internet tulen yang telah berjaya
March 14th, 2009 at 4:49 pm
Salam.. review saudara amat lengkap.. dan pandangan saudara saya amat setuju.. syabas
April 1st, 2009 at 11:28 pm
Tahniah, awak menang tempat kedua pertandingan review Majalah IM ke-11.
April 5th, 2009 at 3:41 pm
tahniah saudara
April 7th, 2009 at 10:29 am
Tahniah atas kemenangan awak. Tak rugi baca majalah im ni. Saya yakin ia akan membuka minda rakyat Malaysia dari semasa ke semasa ttg perniagaan internet khususnya.