Laman Coretan Zaidi Razali.. » 2009 » March


berzanji

Boleh dikatakan hampir semua umat islam di Malaysia mengetahui apa itu kitab berzanji. Yang muda-muda pun saya yakin paling tidak pun pernah mendengar perkataan “berzanji” itu. Tetapi tidak semua orang kita yang mengetahui apa sebenarnya kitab berzanji tu. Jadi coretan kali ini akan memfokuskan pada mengenali kitab berzanji dengan lebih jelas.Kitab berzanji adalah sebuah kitab kumpulan sajak yang di punyai oleh Abu Jaafar Al Barzanji yang berasal dari negeri Barzanj, Iraq.  Ia merupakan salah satu cabang seni suara warisan melayu dari golongan syair yang mempunyai unsur pengaruh Arab. Kitab berzanji ini mengandungi syair puji-pujian mengenai kehidupan Rasulullah s.a.w.

Siapa Abu Jaafar Al  Banzanji? beliau yang juga dikenali sebagai Sayyid jaafar al-Banzanji dilahirkan di kota Madinah pada tahun 1126H. Beliau telah memegang jawatan penting Klik sini untuk baca keseluruhan coretan ini »

Posted March 15th, 2009 by edyanie No Comments »



Akhirnya setelah berdoa dan berusaha, saya mendapat jua bayaran hasil usaha saya sebanyak USD20.30.  Mungkin bagi sesetengah orang, nilai USD yang saya perolehi itu sangat sedikit, tetapi bagi saya, ia adalah satu nilai yang sangat besar buat saya, kerana setiap sen yang saya perolehi adalah merupakan salah satu bentuk rezeki yang allah kurniakan pada saya. Maka, sebab itulah saya benar-benar bersyukur bila saya perolehi USD20.30. Selain itu,  nilai USD itu pun sebenarnya perlukan satu usaha dan pengharapan yang tinggi juga. Saya sebenarnya hampir putus asa untuk “berjuang” mendapatkannya walaupun sebenarnya saya layak. tetapi rupanya ia bukan satu jalan yang terbaik, dan saya telah buat keputusan untuk “berjuang” mendapatkannya.

Berdasarkan pemerhatian saya, ramai yang sertai peluang buat duit usd ini telah mendapat bayarannya. Boleh dikatakan semuanyalah mendapat bayaran seperti yang dijanjikan. Saya lihat ramai yang mendapat nilai usd yang sangat banyak. Klik sini untuk baca keseluruhan coretan ini »

Posted March 12th, 2009 by edyanie No Comments »



Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua pembaca blog ini yang beragama islam, dan kepada seluruh orang islam di dunia secara amnya. Saya berharap kita semua dapat menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dan lebih menyayangi Rasulullah s.a.w dengan cara menzahirkan melalui tindakan kita selepas ini. Antara cara kita menunjukkan kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w adalah dengan melakukan segala ajaran islam yang telah dibawa oleh baginda. Jika sebelum ini kita selalu tinggalkan solat, maka selepas ini kita tidak akan tinggalkan solat, atau jika selama ini kita tidak melakukan amalan zakat, maka kali ini kita lakukan amalan zakat. Dengan menzahirkan pelaksananna ajaran baginda, ini membuktikan bahawa kita benar-benar menyayangi dan mencintai Rasulullah s.a.w.Semoga kehidupan kita sebagai umat islam akan sentiasa hidup bahagia di dunia dan juga di akhirat.

Salam Maulidul Rasul daripada saya, Zaidi Razali :)

Posted March 9th, 2009 by edyanie No Comments »