Laman Coretan Zaidi Razali.. » Blog Archive » Rahsia terbongkar Kad VCC percuma– Review Pembeli Sebenar


Bila sebut percuma, semua orang nak. Tapi bila kena beli, mesti fikir banyak kali.  Saya juga termasuk dalam golongan ini yang selalu berfikir banyak kali sebelum membeli sesuatu. Selagi rasa tak perlu, selagi tu lah tak beli.  Baru-baru ini saya telah membeli satu ebook berbahasa melayu yang saya yakin saya sangat perlukan iaitu ebook “PANDUAN VCC” yang dihasilkan oleh saudara Naem. Naem ini saya kenal melalui laman blog beliau iaitu diariadsense.com. Beliau adalah salah seorang penulis ebook yang saya agak kagum sebab beliau hasilkan ebook seperti mana yang beliau janjikan dalam salesletter jualan. Pandangan ini bukan berdasarkan dari pihak lain, tapi adalah hasil daripada pembacaan saya dari ebook berbayar beliau sejak ebook ppc percuma lagi. Panduan VCC ini adalah ebook beliau yang kedua saya beli dan hasilnya memang tip top, berbaloi saya rasa membayarnya.

Mengapa saya rasa berbaloi? sebabnya selepas ini saya tidak risau lagi untuk buat urusan di internet. Gunakan sahaja VCC untuk setiap urusan yang memerlukan penggunaan kad debit@kredit. Ini kerana VCC  lebih selamat jika nak banding dengan menggunakan kad debit@ kad debit. Saya juga tak perlulah nak upah orang lain untuk dapatkan Kad VCC, sebab saya sendiri dah boleh dapatkan Kad VCC sendiri

Tak tau apa dia kad VCC? saya takkan terangkan sebab Naem ada terangkan dilaman web jualan panduan VCC beliau disini.  Untuk maklumat anda, semua yang dijanjikan oleh Naem di laman web jualan beliau semuanya DITEPATI dalam ebook beliau.  Yang saya paling suka apabila Naem tunaikan janjinya untuk dedahkan cara nak dapatkan kad VCC lebih dari satu secara percuma. Ya, memang percuma, beliau ajarkan caranya dia muka surat 41 hingga 46.

Penting ke untuk ada banyak kad vcc? ya, penting, kerana kita boleh gunakan kad vcc ini untuk pelbagai tujuan, dan bukan hanya untuk buat duit sahaja. Kad VCC ni dah boleh dianggap keperluan wajib untuk keselamatan urusan transaksi di internet.

Satu lagi yang saya kagum, beliau sanggup beri jaminan pulangan wang selama 6 bulan jika tak puas hati.  Tapi saya takkan pulangkan walaupun dah tahu “rahsia” ebook beliau. Sebabnya saya mahukan penulis ebook seperti ini lebih bersemangat untuk hasilkan lebih banyak ebook yang berkualiti dengan terimanya bayaran dari saya. Saya juga menghargai usaha gigih beliau untuk hasilkan ebook seperti ini kerana saya tahu bukan mudah untuk hasilkan sesuatu ebook terutama ebook yang benar-benar berkualiti. Nak hasilkan yang teori dan percuma pun sedikit sukar, inikan pula ebook berkualiti yang lebih menuntut pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit.  Saya juga inginkan support dan bantuan daripada beliau jika hadapi masalah. Selain itu, saya juga layak dapat ebook versi kemaskini pada masa akan datang.

Tengok kat web jualan beliau, ebook ini hanya dijual setakat 1 MAC 2009 sahaja. Ini bermakna tinggal sebulan sahaja lagi. sebelum jualan ditutup @ kemungkinan dinaikkan harga, lebih baik anda bertindak mendapatkan ebook panduan vcc beliau dengan segera. Jangan risau, ebook ini dijamin 100% best ;)

p/s: Saya hanya akan review ebook yang saya dah beli sahaja. Pandangan tak dipengaruhi sesiapa pun sebab saya sendiri dah beli, baca dan nilai dan bukan hanya review berdasarkan pandangan orang lain. Sendiri beli, sendiri nilai. Perkara yang bagus tak salah untuk dikongsikan dengan orang ramai. Jika ganjaran dunia tak dapat, ganjaran akhirat pasti dapat sebab kita sebarkan kebaikan :)

Posted January 31st, 2009 by edyanie 2 Comments » This entry was posted on Saturday, January 31st, 2009 at 3:47 am and is filed under umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Rahsia terbongkar Kad VCC percuma– Review Pembeli Sebenar”

  1. PPCPercuma dot Com » Blog Archive Pertandingan Review PanduanVCC dot Com Says:

    [...] http://zaidirazali.com/blog/?p=60 [...]

  2. naem Says:

    salam…bro edy, sila rujuk blog saya utk solusi masalah bro…

    trimas

Nak Komen? boleh, takde masalah. isikan pada ruangan dibawah ini ya..

Spam Protection by WP-SpamFree