Palestin adalah satu lagi isu yang sangat penting buat kita orang islam, kerana pada masa ini saudara seagaman kita sedang berjuang dan berjihad melawan tentera yahudi…JANGAN sebut israel, kerana israel itu adalah bermaksud keturunan dari Nabi Yaacob a.s dan ia adalah gelaran baik buat mereka… mereka cuba nak hapuskan perkataan YAHUDI dalam minda kita dan berusaha secara tanpa sedar supaya kita gelar mereka dengan gelaran yang baik. sama seperti gambar masjid al-aqsa yang digunakan dalam apa juga media mereka, mereka berusaha supaya kita semua “lupa” bagaimana rupa masjid al-aqsa yang sebenar. tanamkan dalam pemikiran anda bahawa mereka BUKAN ISRAEL, tetapi ORANG YAHUDI LAKNATULLAH…
Berbalik pada tajuk penulisan kali ini, mari kita fikirkan apa sumbangan dan bantuan kita terhadap saudara seislam kita … tahukah anda setiap orang islam mampu untuk menyumbang bantuan kepada rakyat palestin? saya yakin ramai yang tahu, tetapi kemungkinan usaha kearah itu tidak berterusan. contohnya setiap orang mampu untuk berdoa kepada allah s.w.t memohon kemenangan di pihak islam dan memohon kehancuran ke atas yahudi laknatullah. tetapi saya rasakan ia tidak berterusan, malah masih ada lagi yang tidak ambil berat tentang apa yang terjadi pada palestin. Mungkin disebabkan memikirkan sudah ramai yang lakukan perkara itu(berdoa)… pandangan ini wujud disebabkan hidup yang selesa yang kita alami sekarang. Jangan menganggap saya ni prejudis kepada orang islam, tetapi andaian saya juga saya rasakan ada kebenaran dengan melihat disekeliling saya masih lagi ada yang berkelaluan seperti “tiada apa yang berlaku”. Saya yakin sekiranya setiap orang islam di dunia ini berdoa kepada allah secara berterusan, insyaallah doa kita semua akan dikabulkan kerana doa itu menunjukkan tanda telah bersatunya hari setiap orang islam dalam usaha mahu membantu rakyat palestin yang sedang berjuang.
dan lagi, apa sumbangan anda yang mempunyai pengetahuan it? apa sumbangan anda yang mempunyai medium untuk menyampaikan maklumat seperti blog? banyak yang kita boleh lakukan. gunakan segala teknologi internet yang ada seperti emel, blog, YM untuk sebarkan maklumat peringatan untuk berdoa kepada allah s.w.t. tak kiralah niche anda itu buat duit ke, jual baju jer, pasal forex jer, selitkanlah sekali penulisan tentang peringatan untuk berdoa kepada allah untuk bantu rakyat palestin. Tak perlu nak takut untuk buat penulisan dalam blog anda tentang peringatan untuk menyumbang kepada pejuang islam palestin, sebab penulisan anda itu akan menjadi peringatan pada orang islam lain yang membaca penulisan anda. Ingat tak dapat duit ker buat camnih? dapat duit, tapi dapatnya di akhirat sanalah. pada yang lebih hebat dalam it, gunalah ilmu anda untuk menentang yahudi ini seperti godam sistem syarikat yang diyakini penyumbang kepada yahudi. tak beretika? lupakanlah etika bila menyentuh bab palestin kerana ia hanya satu peraturan manusia yang berbeza mengikut budaya dan pemikiran. dalam bab palestin, utamakan perjuangan menegakkan islam daripada etika rekaan manusia ini.
Jadi, saya ingin menyeru kepada semua pembaca blog ini agar beusaha sedaya upaya anda untuk menolong pejuang islam palestin. antara caranya adalah dengan membaca qunut nazilah setiap hari dan berdoa mohon kepada allah berikan kemenangan kepada pejuang islam dalam setiap waktu solat kita. Jika mampu lebih daripada itu, lakukanlah,seperti menyumbang ke tabung palestin yang telah diwujudkan kerajaan. dan yang terbaru, BOIKOT BARANG BUATAN YAHUDI seperti yang telah diwar-warkan oleh ramai pihak iaitu COLGATE,STARBUCK & COCA COLA . Banyak lagi barang alternatif yang boleh anda gunakan, buat apa nak setia jadi pengguna walaupun ia beri jaminan produk yang berkualiti. sedangkan tanpa sedar anda telah menyokong yahudi dan menghancurkan pejuang islam di palestin. Mari kita bersatu demi islam yang sejati..
ALLAHU AKBAR!!!…
Posted January 9th, 2009 by edyanie No Comments » This entry was posted on Friday, January 9th, 2009 at 9:00 pm and is filed under islam. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.





Nak Komen? boleh, takde masalah. isikan pada ruangan dibawah ini ya..