Laman Coretan Zaidi Razali.. » Blog Archive » Keadilan sebenar dalam poligami


Tahukah anda apa sebenarnya keadilan yang dituntut dalam poligami? Disini saya ingin kongsikan dengan pembaca tentang keadilan sebenar yang disyaratkan oleh islam bagi mereka yang berpoligami. Keadilan ini fokus kepada lelaki,iaitu pihak yang melakukan poligami.

Keadilan sebenar yang diwajibkan keatas lelaki yang berpoligami ialah keadilan nafkah, tempat tinggal, tempat tidur,pergaulan yang baik serta melaksanakan kewajipan sebagai seorang suami kepada isteri-isterinya.

Sementara keadilan dari segi perasaan kasih sayang bukanlah keadilan yang mesti diperolehi oleh isteri-isterinya selagi ia tidak membawa kepada tindakan yang zalim. Ini kerana manusia tidak boleh menguasai hatinya yang menjadi punca perasaan kasih saying. Oleh sebab itu, Al-Quran memberikan perhatian kepada perkara ini dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh (hendak melakukannya)” –surah an-nisa’ ayat 29

ayat diatas menjelaskan bahawa kita sebagai manusia tidak mampu mengarahkan hati agar menyamakan kasih sayang terhadap isteri-isteri  kita. Tetapi janganlah pula terlalu cenderung kepada salah seorang daripada isteri-isteri sehingga kita melakukan kezaliman dan memudharatkan isteri-isteri yang lain.

Manakala keadilan nafkah, tempat tinggal, tempat tidur dan pergaulan yang baik seperti yang dinyatakan diatas mampu dilakukan dilakukan oleh kebanyakan manusia.

Sesungguhnya nabi s.a.w telah bersabda selepas baginda berlaku adil dalam pembahagian harta dan pergaulan dengan para isterinya:

“Ya Allah, inilah pembahagian yang aku lakukan terhadap apa yang aku miliki dan janganlah Kamu mencela aku dalam apa yang Kamu miliki tetapi aku tidak memilikinya” –riwayat Abu Daud dan Tarmizi.

Maksud “apa yang Kamu miliki tetapi aku tidak memilikinya” ialah kasih sayang dan perasaan. Sesungguhnya nabi s.a.w lebih menyintai Aisyah r.a berbanding isteri-isterinya yang lain didalam perasaan kasih-sayang dan kecenderungan hati.

Posted August 17th, 2008 by edyanie No Comments » This entry was posted on Sunday, August 17th, 2008 at 6:14 am and is filed under fiqh munakahat, islam, perkahwinan. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Nak Komen? boleh, takde masalah. isikan pada ruangan dibawah ini ya..

Spam Protection by WP-SpamFree