Laman Coretan Zaidi Razali.. » Blog Archive » Kenali Tokoh Ilmuwan Islam- AL-FARABI


Siapa sebenarnya AL-FARABI? Apa sumbangannya terhadap tamadun islam dan dunia? teruskan membaca…

AL-FARABI atau nama penuhnya Abu Nasr Mohammad Ibn Al Farakh al-Farabi dilahirkan di sebuah kampung kecil yang dinamakan Wasij berdekatan Farab di Turkistan pada tahun 870. Beliau merupakan seorang lagi saintis terkemuka Islam dan termashyur kerana hasil kerja dan penulisannya terutamanya dalam bidang falsafah, logik dan sosiologi.

Ilmu pengetahuan yang dimilikinya tidak terhad kepada tiga bidang itu sahaja kerana beliau juga banyak memberikan sumbangan dalam bidang-bidang lain meliputi sains, perubatan, matematik dan muzik.

Sebagai seorang ahli falsafah, beliau dikelaskan sebagai `Neoplanonist’ yang cuba menggabungkan falsafah pemikiran Plato dan Aristotle.Selain buku-buku tulisan sendiri, beliau banyak menulis komentar mengenai falsafah Aristotle mengenai fizik, meteorologi, logik dan sebagainya.Kehebatannya dalam bidang falsafah menyebabkan beliau digelar guru kedua (al-Mou’allim al-Thani) iaitu selepas guru pertama dalam bidang falasafah iaitu Aristotle.

Al-Farabi menamatkan pendidikan awalnya di Farab dan Bukhara, tetapi selepas itu dia berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pendidikan tingginya. Di sinilah beliau belajar dan bekerja iaitu dari tahun 901 hingga 942. Sepanjang tempoh ini beliau berjaya menguasai beberapa jenis bahasa dan juga pelbagai cabang ilmu pengetahuan dan teknologi. Sebagai seorang ahli falsafah dan saintis, beliau menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan.

Beliau juga terkenal kerana kemampuannya menguasai pelbagai jenis bahasa.Beliau banyak mengembara dan membuat kajian terutamanya di Damsyik dan Mesir. Salah satu daripada sumbangan utama Farabi ialah membuat kajian mengenai logik dengan memudahkannya melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu idea (Takhayyul) dan bukti (Thubut).

Dalam bidang sosiologi, beliau menulis buku bertajuk Ara Ahl al-Madina al-Fadila yang merupakan sebuah buku yang terkenal. Beliau juga menulis buku mengenai muzik yang dikenali sebagai Kita al-Musiqa.Tumpuan Al-Farabi bukan sahaja dalam bidang falsafah dan sosiologi semata-mata.Sebaliknya, beliau merupakan pakar dalam kesenian dan sains muzik. Sangat menakjubkan apabila Al-Farabi juga telah merekacipta beberapa peralatan muzik, selain menyumbang kepada ilmu nota muzik.Dalam bidang fizik pula, beliau menunjukkan kewujudan konsep kekosongan.

Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjayanya dalam bentuk buku.Sayangnya, banyak buku-buku tersebut telah hilang. Hanya 117 buah buku hasil tulisan Al-Farabi yang dapat dikenal pasti. Daripada jumlah itu, 43 buah adalah buku mengenai logik, 11 buah (metafizik), tujuh buah (etika), tujuh buah (sains politik), 17 buah (muzik, perubatan dan sosiologi) manakala 11 buah lagi adalah dalam bentuk komentar.

Beberapa buah bukunya termasuk Fusus al-Hikam telah menjadi buku teks falsafah selama berkurun lamanya di pusat-pusat pembelajaran dan sehingga kini masih digunakan di beberapa buah isntitusi di Timur. Sumbangan Farabi memberikan pengaruh besar dalam bidang sains dan ilmu pengetahuan selama berkurun lamanya.

Posted July 3rd, 2008 by edyanie 7 Comments » This entry was posted on Thursday, July 3rd, 2008 at 7:41 pm and is filed under tokoh islam. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Kenali Tokoh Ilmuwan Islam- AL-FARABI”

  1. farobi Says:

    tq sbb wat biografi tntg Al-farabi..da lame sy cari…

  2. rarzi Says:

    senang bisa membaca artikel Anda. thank u

  3. food Says:

    menambah ilmu pengetahuan saya, terimakasih

  4. FiFa95 Says:

    Tenk q coz buat ini smua..ia senang d cri jika dbuat mcm ney..thanks bnyk2..=)hrap2 lbih bnyk org yg dpt ilmu pengetahuan dari laman ini..smile always..

  5. Ros1C Says:

    Sy sedang mengumpulkan seberapa banyak tokoh ilmuan islam sebagai nama kelas di sklh agar pelajar lebih mengenali mrk. Harap diperbanyakkan tokoh2 ini berserta biodatanya.

  6. IMTIAZ Says:

    syukran atas perkongsian ilmu ini..
    sgt bermanfaat..

  7. zie Says:

    as slm… rima ksh… laman ni bantu saya siapkan keje kursus tAMADUN ISLAM

Nak Komen? mesti la boleh,. isikan pada ruangan dibawah ini ya..

Spam Protection by WP-SpamFree