Hari ini terbaca pula satu lagi info berkenaan poligami di dalam akhbar. Tak sangka pula ada lagi insan yang benar-benar “berjaya” melaksanakan poligami dengan cara yang berlandaskan agama. anda boleh baca keratan berita dibawah:
‘Kami rela hidup dimadu’
Abu Bakar tak amal sihir atau ilmu, tetapi sifat tanggungjawab buat tiga isteri setuju terima madu keempat
KEBIASAANNYA kita dengar orang berkata, perempuan mana yang tidak marah jika mendapat tahu mereka dimadukan. Apatah lagi jika kasih sayang yang dibina bersama suami bertahun lamanya terpaksa dikongsi dalam sekelip mata.
Namun manusia tidak boleh menghalang apa yang tersurat dan ketentuan-Nya kerana di sebalik kekerasan hati kaum Hawa masih terselit kasih sayang dan kelembutan yang kadangkala tidak difahami kaum Adam.
untuk membaca lebih lanjut, sila klik disini
sekiranya tidak dapat membacanya, anda boleh download dan baca. sila klik disini
Wahhh…kan bagus sekiranya poligami ini dilaksanakan dengan cara yang berlandaskan apa yang telah digariskan oleh islam,tiadalah masyarakat pandang negatif dengan poligami ini. Seperti yang dinyatakan dalam penulisan itu, beliau telah cukup syarat untuk melayakkan dirinya berpoligami 4 iaitu berlaku adil dan mampu dari segi zahir dan batin. Masalah timbul bila ada ramai insan yang tidak cukup syarat (tak adil dan tak mampu zahir dan batin) melakukan poligami. Itu yang menyebabkan berlaku perceraian dan pergaduhan. maka masyarakat mula meng andaikan poligami itu sesuatu yang tidak baik, mesti dijauhi, dan menanam pemikiran “anti” pada poligami. Sedangkan bukannya salah poligami tu, tetapi salah orang yang melaksanakannya bukan berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.
Kesimpulannya, poligami itu sangat indah, penuh kebaikan, kesejahteraan dan manfaat kepada masyarakat sekiranya ia dilaksanakan berdasarkan apa yang telah digariskan dalam Islam.
p/s: Hukum tetap hukum. setiap perkara yang disyariatkan dalam islam terkandung pelbagai hikmah dan kebaikan yang tidak mampu digapai oleh akal manusia yang terbatas.
Posted June 17th, 2008 by edyanie 1 Comment » This entry was posted on Tuesday, June 17th, 2008 at 8:22 pm and is filed under umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.





August 28th, 2008 at 4:30 pm
Assalamualaikum,
boleh x emel kpd saya artikel pasal poligami nie.. dah try download r… x dapat… ada assigment pasal poligami… plue_gon@yahoo.com… thanks