Tepat pada pukul 12 malam semalam, tiada lagi RM1.92 dalam kamus harga minyak kerana kini harga minyak yang terkini adalah RM2.70. Ia adalah satu perkara yang mengejutkan walaupun sudah dijangka. mengapa? kerana kadar peningkatan harganya yang terlampau banyak. Ya, bukan saya sahaja, tapi saya yakin hampir seluruh rakyat Malaysia setuju dan sependapat dengan saya. boleh rujuk mana-mana forum,blog, kesemuannya melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap harga minyak ini.
Kerajaan ada memaklumkan bahawa akan diberi rebet tunai. macam saya ni, naik motor jer. PM kata untuk motor, dapat RM150 setahun. saya buatlah kira-kira. jawapannya saya dapat rebet 41 sen sahaja sehari. kalau motor saya tu isi 1 liter je dah penuh, boleh la gak diterima oleh logik akal. kiranya isi satu liter,kosnya 2.29.
Masalahnya bukan 41 sen setiap liter,tapi 41 sen sehari. bayangkan kalau yang jalan jauh,berapa liter kena isi satu perjalanan. yang kerap guna kenderaan ulang alik pulak,mestilah kena isi minyak banyak liter. memang tak benar-benar membantu pun peningkatan harga minyak ini,bahkan menyulitkan lagi rakyat malaysia. bukannya bila harga minyak naik, harga barang dan kos lain turun, tapi pasti semuanya meningkat.
Harap sedarlah pemimpin-pemimpin Malaysia. tanggungjawab anda adalah satu amanah Allah. maka, laksanakanlah tanggungjawab anda dengan penuh amanah dan bijaksana. kita bukan hidup di satu alam sahaja, ada lagi alam lain yang perlu ditempuhi oleh kita semua.
Posted June 5th, 2008 by edyanie No Comments » This entry was posted on Thursday, June 5th, 2008 at 8:24 pm and is filed under umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.






Nak Komen? boleh, takde masalah. isikan pada ruangan dibawah ini ya..