Laman Coretan Zaidi Razali.. » 2008 » May


Tahukah anda apakah Khutbah Widak? Jika sudah tahu, syukurlah, anda sememangnya tergolong dalam insan yang peka terhadap islam. Pada yang tidak tahu, bukan bermaksud anda tidak peka, tetapi mungkin terlepas pandang sahaja. Jadi, disini, saya ingin kongsikan apakah khutbah widak dan isi kandungannya kepada anda. sebelum itu, saya jelaskan sedikit tentang khutbah widak. Khutbah widak adalah khutbah terakhir yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w pada 9 hijrah. Ia sangat penting diketahui oleh semua insan yang bergelar muslim demi memastikan kita tidak tersimpang jauh dari landasan yang sebenar. Baca dan hayati isi kandungan khutbah terakhir kekasih Allah s.w.t kepada kita semua.
Klik sini untuk baca keseluruhan coretan ini »

Posted May 6th, 2008 by edyanie No Comments »



Tulisan kali ini cuma ingin membuat sedikit penjelasan supaya tidak ada yang salah faham.Ini kerana kemungkinan penulisan dalam blog ini lebih kepada islam. Saya sebenarnya suka berkongsi apa yang saya baca berkaitan agama islam dengan orang lain. Jadi, kemungkinan penulisan yang berkaitan islam selepas ini adalah dari apa yang saya baca dan ketahui. Ia bukan hanya untuk maklumat para pelawat, tetapi untuk diri saya sendiri sebagai rujukan segera. Saya ini pun insan biasa, masih kurang ilmu agama. Jika ada pertanyaan berkaitan agama, jangan tanya saya kerana saya tidak pakar dalam bahagian agama. Sekadar ingin berkongsi ilmu yang saya tahu :)

Terima kasih.

Posted May 1st, 2008 by edyanie No Comments »