Laman Coretan Zaidi Razali.. » Blog Archive » Poligami dalam Islam-hukum


Pada kali ini, saya akan tuliskan tentang tajuk Poligami. Mungkin ada pembaca yang tidak gemar dengan tajuk sebegini. Tapi bagi saya, tajuk ini penting kerana ramai yang sudah salah anggap dengan poligami yang disyariatkan oleh islam. Ini kerana berdasarkan keadaan semasa, ia kelihatan tidak bagus. Akan tetapi, adakah situasi ini boleh dijadikab hujah untuk membuat kesimpulan bahawa poligami tak bagus? Fikir dahulu sebelum anda menentukan ia bagus atau tidak. Pasti kita semua tahu ia adalah syariat dari Allah. Pasti ada hikmah dan kebaikan kepada umat manusia. Saya tidak akan tulis berdasarkan pandangan cetek saya, tetapi saya ambil dari yang pakar.

Mula-mula, mari kita lihat, apakah hukum-hukum yang terdapat dalam poligami. Asalnya hokum poligami adalah harus. Dalilnya adalah firman allah s.w.t yang bermaksud:

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim(apabila kamu berkahwin dengan mereka) maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan( yang lain) dua, tiga, atau empat”

(surah An-nisa ayat 3)

Kemudian ia boleh bertukar hukum mengikut keadaan:

1) Sunat

Apabila seorang lelaki memerlukan isteri yang lain: contohnya, beliau tidak cukup dengan hanya beristeri satu, atau isteri pertamanya sakit atau madul sedangkan beliau amat menghendaki anak dan dia merasa mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya.

2) Makruh

Sekiranya poligami bukan kerana keperluan tetapi hanya untuk menambah keseronokan semata-mata dan dia meragui (syak) kemampuannya untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Ini kerana ia akan beri kemudharatan kepada isteri-isterinya disebabkan tidak mampu berlaku adil. Dalil sabda Nabi S.A.W:

“Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan kamu”

(Riwayat Tarmizi daripada Hassan bin Ali r.a dalam bab berkenaan keadaan kiamat, bab ikatlah ia dan bertawakal, nombor 2520)

3) Haram

Sekiranya seseorang yakin tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Ini kerana ia akan beri kemudharatan pada orang lain. Dalil sabda nabi s.a.w:

”Tidak ada kemudaratan dan tidak boleh melakukan kemudaratan”

(Rwayat Ibnu Majah, Dalam kitab hukum hakam, bab sesiapa menggunakan haknya tetapi memudaratkan jirannya)

Menjadi satu persoalan, adakah sekiranya seseorang itu berada dalam situasi makruh dan haram itu menyebabkan akad nikahnya tidak sah? Jawapannya adalah akadnya tetap sah. Seseorang itu hanyalah mendapat dosa, dan mereka masih halal hidup sebagai suami isteri.

Posted May 9th, 2008 by edyanie No Comments » This entry was posted on Friday, May 9th, 2008 at 5:36 am and is filed under umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Nak Komen? boleh, takde masalah. isikan pada ruangan dibawah ini ya..

Spam Protection by WP-SpamFree