Laman Coretan Zaidi Razali.. » 2008 » May


Itulah persepsi pertama saya tentang diri beliau. Memang kalau lihat pada gambar dan video di laman web beliau, nampak seperti beliau seorang pendakwah. Dan yang peliknya, orang yang berpenampilan seperti ini mengajar orang buat duit di internet…hoho..betul-betul mengagumkan. Ini membuktikan walaupun berpenampilan “agama”, kita tetap boleh menjadi pakar dalam apa jua bidang yang diceburi. Klik sini untuk baca keseluruhan coretan ini »

Posted May 26th, 2008 by edyanie 1 Comment »



mungkin berita ini nampak pelik, tapi bagi saya ia hanya pelik pada pandangan masyarakat yang menilai berdasarkan akal semata-mata sedangkan ia tiada salah di sisi agama. berita yang saya maksudkan ialah isu seorang lelaki dari terengganu yang hendak berkahwin empat sedangkan dia sudah mempunyai tiga isteri. berikut adalah sedikit isi kandungan berita tersebut:

“Tiga isteri Mohamed Nor, Wan Rukiah Mat Yusoff, 52; Kalthum Dollah, 39 dan Noraini Daud, 40, bersungguh-sungguh membantu membuat permohonan untuk membolehkan suami mereka kahwin seorang lagi.

Malah mereka memberi persetujuan tanpa syarat untuk suami berkahwin walaupun pendapatan Mohamed Nor hanya RM1,500 sebulan.” – sumber berita harian 17 mei 2008

Alangkah bagus sekiranya pemikiran dan tindakan mereka ini diamalkan oleh oleh semua orang islam di dunia ini. apa yang saya maksudkan ialah sifat keadilan lelaki terbabit pada ketiga-tiga isterinya sehingga ketiga-tiga isterinya dengan fikiran terbuka membenarkan suami mereka berkahwin lagi. poligami dibenarkan kerana ada hikmah yang mungkin sukar bagi kebanyakan manusia memahaminya. sekiranya kita benar-benar yakin dengan segala syariat Allah, sudah pasti kita dapat terima apa jua syariat Allah dengan mudah tanpa banyak soal.

Poligami ini walaupun dibenarkan, tetapi tetap ada syarat iaitu perlulah bertindak adil dan bertanggungjawab. Masalah orang kita sekarang hanya tahu nak kahwin banyak, tapi tak mampu nak berlaku adil. itulah sebabnya poligami ini telah dipandang negatif terutama wanita. kalau ia tak baik, kenapa disyariatkan poligami ini dalam islam? mari kita berfikir keluar dari kepompong akal yang kosong berdasarkan nafsu kepada akal bersandarkan ilmu yang sebenar.

Semakin saya banyak membaca penulisan tokoh-tokoh islam berkenaan poligami ini, pemikiran saya semakin terbuka dan nampak sinar disebalik poligami itu di benarkan dalam islam. Dan yang gembiranya, tuhan tunjukkan juga satu contoh poligami yang berjaya mencapai matlamat, melahirkan lebih ramai umat nabi dan membela wanita-wanita dengan penuh tanggungjawab dan adil. Saya semakin yakin apa jua syariat allah ada hikmah walaupun nampak “teruk” pada pandangan akal manusia. Tidak semua perkara mampu diterjemah dengan baik oleh akal kerana akal ini adalah terbatas.

Posted May 18th, 2008 by edyanie 1 Comment »



Pada kali ini, saya akan tuliskan tentang tajuk Poligami. Mungkin ada pembaca yang tidak gemar dengan tajuk sebegini. Tapi bagi saya, tajuk ini penting kerana ramai yang sudah salah anggap dengan poligami yang disyariatkan oleh islam. Ini kerana berdasarkan keadaan semasa, ia kelihatan tidak bagus. Akan tetapi, adakah situasi ini boleh dijadikab hujah untuk membuat kesimpulan bahawa poligami tak bagus? Fikir dahulu sebelum anda menentukan ia bagus atau tidak. Pasti kita semua tahu ia adalah syariat dari Allah. Pasti ada hikmah dan kebaikan kepada umat manusia. Saya tidak akan tulis berdasarkan pandangan cetek saya, tetapi saya ambil dari yang pakar.
Klik sini untuk baca keseluruhan coretan ini »

Posted May 9th, 2008 by edyanie No Comments »