Salam hormat pembaca blog saya sekalian. Kali ini post saya ingin menyentuh tentang menderma. Adakah kita sudah cukup banyak menderma?Susah sangat ke nak menderma? Itu persoalan yang perlu anda, termasuk saya sendiri untuk renung-renungkan dan fikir-fikirkan. Derma adalah salah satu cara kita menjana keuntungan untuk kehidupan di alam lain. Kita sering lupa kepentingan derma ini. Tahukah kita bahawa derma ini boleh menyumbangkan kepada kebaikan didunia dan diakhirat?
Pasti ramai yang tahu, tetapi ramai yang hanya teori semata-mata. Seandainya ia benar-benar di praktikkan, maka ramai saudara-saudara seislam kita yang miskin terbela. Kita lebih mudah mengeluarkan beratus-ratus,bahkan beribu-beribu ringgit untuk memiliki kebendaan dunia berbanding mengeluarkan RM10 untuk didermakan ke masjid. Itu hakikatnya. Jadi, mulai saat, marilah kita sama-sama mewajibkan diri kita, mendermalah pada masjid ketika hari jumaat. Jangan biarkan bekas derma itu hanya berlalu didepan mata dan membiarkan peluang menjana kuntungan akhirat berlalu pergi. Ingatlah, kita hidup bukan hanya setakat disini. Ada lagi alam lain yang perlu kita tempuhi dan kita juga memerlukan bekalan keuntungan untuk menempuhinya.
Anda gaji sedikit? RM10 tidak mampu? Mulalah menderma dengan 10 sen kerana 10sen pun sudah dikira banyak keuntungan yang dijana untuk akhirat. Pada minggu seterusnya, cuba tingkatkan nilai derma itu, 50 sen ker…lakukan ia secara berterusan. Insyaallah, sekiranya sudah menjadi kebiasaan, nilai RM10, bahkan RM50, RM100 pun kita seronok untuk didermakan ke masjid. Selain itu, anda juga boleh menderma dengan senang hati tanpa anda sedari. Contohnya seperti anda membeli ubat gigi mukmin. Setiap ubat gigi mukmin yang anda beli,akan disalurkan sebahagian hasilnya ke tabung khas untuk kebajikan. Itulah dinamakan menderma dengan senang hati tanpa sedar
terdapat juga banyak syarikat lain, terutama syarikat orang islam yang menjual produk dan memperuntukkan sebahagian hasil jualan untuk kebajikan. Jadi, kita belilah produk mereka. Dapatlah kita, manfaat didunia (penggunaan produk) dan akhirat (pahala).







May 3rd, 2008 at 5:05 am
Betul tu.. Dermalah kerana duit anda tak kan ke mana.. lebih banyak menderma akan lebih banyak pulangannya nanti.. Insyaallah