Laman Coretan Zaidi Razali.. » Blog Archive » “Wang, Anda & Islam” Wajib kita miliki


 

Sekarang ini masa paling sibuk bagi seorang mahasiswa seperti saya. Ada banyak tugasan yang perlu disiapkan. Maklumlah, minggu kuliah sudah sampai ke penghujungnya, jadi memang banyak yang perlu disiapkan.

 

Tadi, teringat pula satu blog yang saya kerap lawat sebelum ini, iaitu blog Ustaz Zaharuddin. Dah lama jugak rupanya saya tak lawat blog beliau. Jadi, saya pun saje luangkan masa baca artikel terkini dari UZAR. Bila dah lama baca,baru perasan yang UZAR ada hasilkan satu buku berkaitan isu kewangan islam kontemporari. Buku beliau bertajuk “Wang, Anda & Islam’. Wahh.. inilah buku yang saya ingin miliki. Berkenaan ilmu kewangan islam. Susah nak dapat buku-buku seperti ini dipasaran. Jadi, dengan terhasilnya buku ini, saya pasti ia dapat mempertingkatkan lagi “kehalalan” wang yang kita perolehi kerana terlalu banyak syubhah dalam hasil kewangan masyarakat kita. Saya rekomenkan buku ini dimiliki oleh semua orang islam yang benar-benar inginkan wang yang diperolehi halal. Keberkatan menjadi impian kita semua. Saya pun nak beli buku beliau ni,so, marilah sertai saya. anda boleh beli melalui url dibawah:

Buku Kewangan Islam oleh UZAR

 

Saya takde dapat komisyen pun promosi buku beliau. tetapi berharap ada pahala yang saya dapat dari pemberitahuan ini :)

 

ok, selamat memilikinya.

Posted March 25th, 2008 by edyanie No Comments » This entry was posted on Tuesday, March 25th, 2008 at 1:54 pm and is filed under umum. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Nak Komen? boleh, takde masalah. isikan pada ruangan dibawah ini ya..

Spam Protection by WP-SpamFree