huhu…memang gempak pilihanraya kali ini..tanpa disangka-sangka, pembangkang berjaya dapat 5 buah negeri..yang paling mengejutkan, bila selangor jatuh ke tangan pembangkang… memang gempak sungguh pembangkang kali ini…saya rasa rakyat memang betul-betul tak puas hati dengan apa yang berlaku sekarang..seperti isu minyak dan barang naik… memang rakyat betul-betul nak bagi pengajaran kat kerajaan sekarang..harapnya lepas ini, kerajaan sedarlah ya supaya utamakan lebih kepentingan rakyat… saya jugak harap yang kerajaan Malaysia lepas ini buat kerja mereka dengan lebih bersungguh-sungguh kerana ia adalah amanah rakyat… sekiranya amanah ini dilaksanakan dengan baik, pasti rakyat menyokong..sekiranya tidak, boleh kita tengok keputusan PRU kali ini..
Tak mustahil kalau kerajaan masih tak sedar jugak, pada next PRU, kerajaan jugak akan bertukar pemerintah. Apa-pun, pada yang menang, tak kira sama ada YB pembangkang atau YB kerajaan, jalankan tugas anda dengan sebaiknya.. laksanakan amanah yang allah berikan kepada anda dengan sebaik-baiknya..
Selamat bertugas YB







Nak Komen? boleh, takde masalah. isikan pada ruangan dibawah ini ya..