Laman Coretan Zaidi Razali.. » 2008 » January


sekarang ini, aku dah mula duduk diluar hostel. duduk umah sewa pulak. ini kali pertama aku duduk kat umah sewa. mula-mula risau jugak lah. maklumlah, 1st time. sebelum ni mesti duduk hostel jer.sumer ada kat hostel. tapi bila duduk umah sewa, banyak pulak kekurangan. tapi tak mengapalah, takkan nak hidup senang je kot. aku pun dah biasa hidup susah coz aku bukan dari keluarga yang berada, anak orang kg je. yang penting, aku boleh survive hidup aku kat u ini.

 

tujuan utama aku duduk luar ni pun sebenarnya nak dapatkan kemudahan internet streamix. supaya cepat lah aku boleh akses internet 24 jam dengan laju. kalau kat hostel, kejap slow, kejap laju, kadang2 hancuss.. abih stuck sumer plan buat duit aku kat internet nih…so, dengan duduk umah sewa, dapatlah aku guna internet 24 jam..tambah2 lagi bisnes mymode aku yang semakin berkembang ni. syukurlah aku sudah berjaya melangkah dengan jayanya dalam bisnes mymode nih. dan sekarang aku cuba buat bisnes yang lain pulak. dan aku harap aku berjaya buat bisnes lain. tengah usaha gigih ni kumpul duit kahwin :) harap aku berjaya capai semua impian aku..

Posted January 8th, 2008 by edyanie 1 Comment »



Selamat datang ke blog aku ni.

terima kasih, lain kali lawat lagi ;)

Posted January 6th, 2008 by edyanie No Comments »