Di bawah ini merupakan jadual bagi pembayaran gaji bulanan kepada kakitangan awam untuk tahun 2012. Dengan adanya jadual pembayaran gaji ini, maka setiap pekerja sektor awam dapat merancang perbelanjaan mereka untuk 1 tahun. Di harap perancangan yang telah dibuat berdasarkan maklumat dari jadual pembayaran gaji kakitangan awam ini dapat memudahkan perjalanan harian kita tanpa dibebani masalah kewangan yang serius.

Posted January 10th, 2012
by edyanie
Set soalan ini mengandungi 15 soalan. Jadi, jangan malu2 ye untuk cuba menjawab soalan kemahiran hidup nih tidak kira yang masih bersekolah ataupun dah lama bersara dari sekolah
Posted August 21st, 2011
by edyanie
Jawapan untuk “Aku”: antara sebab doa tidak dimakbulkan ialah kerana hati “Aku” menjadi buta disebabkan sepuluh perkara:
1- Aku mengenali Allah, tetapi Aku tidak menunaikan suruhan-Nya
2- Aku mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi Aku meninggalkan sunnahnya.
3- Aku membaca Al-Quran, tetapi Aku tidak beramal dengannya.
4- Aku makan nikmat Allah, tetapi Aku tidak bersyukur kepada-Nya
5- Aku mengatakan syaitan musuh Aku, tetapi Aku tidak menentangnya.
6- Aku mengatakan syurga itu benar, tetapi Aku tidak bersedia untuknya.
7- Aku mengatakan neraka itu benar, tetapi Aku tidak lari daripadanya
8-Aku mengatakan mati itu benar, tetapi Aku tidak bersedia untuknya.
9-Aku bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi Aku melupakan keaiban diri sendiri.
10- Aku mengebumikan mayat-mayat(sahabat-sahabat Aku) tetapi Aku tidak mengambil iktibar daripada mereka.
“Aku” membalas: Oooo…itu sebabnya. Diri sendiri yang salah kerana menjadi punca doa ditolak. Kini aku sedar kesilapanku. Masa untuk berubah! bila? pastinya sekarang juga kerana aku tidak tahu bilakah “tarikh tamat” aku. Semoga doa aku selepas ini tidak ditolak lagi, InsyaAllah
Posted July 16th, 2011
by edyanie